Saturday, February 7, 2009

Tuesday, February 3, 2009

Pengenalan diri


Assalamualaikum,.Saya Muhamad Azrul bin Ismail berusia 23 tahun. Saya dilahirkan di Kota Gelanggi Satu, yang terletak di daerah Jerantut di Pahang. Merupakan anak ke dua daripada empat adik beradik yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. Ismail bin Idris merupakan ayah saya manakala Maimun binti Midon adalah ibu saya.


Serba sedikit mengenai pendidikan saya. Saya mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi Satu selama enam tahun bermula dari darjah satu hingga enam. Selepas itu saya melanjutkan pelajaran di sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pulau Tawar sehingga tinggkatan tiga kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar sehingga tingkatan lima.Pada tahun 2004 saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut dan selama satu tahun setengah saya belajar disana dan saya ditawarkan belajar di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Komunikasi.

Bola sepak merupakan permainan yang menjadi kegemaran saya selain futsal dan badminton. Saya terlibat dengan sukan ini ketika berusia 10tahun sehinggalah sekarang. bagi saya permainan bola sepak melatih kita berkerjasama dalam satu kumpulan dan dimana ianya juga dapat mengeratkan perhubungan antara pemain. Bukan sahaja ianya merupakan satu riadah kepada saya malahan ianya dapat melegakan seketika tekanan dan masalah yang dihadapi disampin menyihatkan tubuh badan. Mengapa saya mengatakan begitu? Bagai saya apabila kita bermain bola sepak, segala masalah dapat dilupakan seketika dan tekanan dapat dikurangkana. Begitu pentingnya bolasepak bagi saya. saya juga merupakan peminat setia kelab Mancester United dan menjadi impian saya pada suatu hari nanti untuk meyaksikan perlawanan bolasepak secara siaran langsung di England.